Idea untuk mewujudkan Klinik Sains Dan Matematik ini adalah diilhamkan oleh Allah kepada pengasas Al-Hayat Education & Consultancy sendiri, Teacher Yati.
Menyedari bahawa subjek Sains dan Matematik adalah subjek yang sukar difahami dan memerlukan penekanan yang lebih terutama untuk memahami sesuatu konsep, klinik ini dianjurkan.
Pengkhususan hanya dua subjek utama ini adalah untuk memberi fokus yang lebih terhadap modul yang bakal dicurahkan kepada para pelajar. Tambahan pula kebanyakan subjek lain boleh dan mudah dipelajari sendiri oleh pelajar melalui pembacaan teori.
Menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza berbanding cara pengajaran di sekolah dan pusat tuisyen, diharapkan klinik ini dapat menambah minat belajar dalam diri pelajar dan seterusnya pelajar akan 'jatuh cinta' dengan dua killer subjects ini.
TENTANG MODUL
Modul klinik sains dan matematik ini akan tertumpu berdasarkan tajuk utama yang dipelajari di sekolah. Pelajar tidak akan disuap untuk sekadar boleh menjawab peperiksaan, namun menggunakan ilmu untuk kebaikan serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Peperiksaan pasti akan lebih mudah dijawab jika pelajar tahu dan faham serta mengingati sesuatu topik itu, bukan sekadar menghafal lalu muntahkan ia di kertas soalan!
Keistimewaan modul untuk Klinik sains dan matematik ini terletak pada kelebihan pelajar untuk menguasai sesuatu topik. Sebagai contoh, topik mikroorganisma dipelajari dari peringkat UPSR hingga lah SPM.
Ilmu yang sama akan dibawa ke mana-mana sampai bila-bila pun. Pelajar yang mempunyai asas yang baik dalam sesuatu topik, akan lebih mudah untuk menguasai topik tersebut dengan lebih mendalam di peringkat lebih tinggi.
Oleh kerana Sains dan Matematik ini amat dekat dengan amalan kehidupan manusia sehari-hari, modul KSDM akan turut menerapkan elemen praktikal atau hands on yang secara langsung akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.
Pengalaman hampir 10 tahun mengajar pelajar dari pelbagai latar belakang amat membantu dalam menghasilkan modul KSDM ini.
Lihatlah masa depan anak anda...
Mungkin tidak semua pelajar boleh mampu memperolehi gred keputusan yang cemerlang.
Namun untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik, ilmu dunia Sains dan Matematik ini amat penting dalam urusan aktiviti seharian.
Jika hari ini gred mereka C, insyaallah dengan sokongan kita mereka akan mendapat A
Jika hari ini gred mereka F, insyaallah dengan tunjuk ajar kita mereka akan mendapat B.
Segalanya tidak mustahil
Ayuh, bertindak segera